- Spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan pengawet
- Spesimen diawet secara kering tidak dapat bertahan lama sekiranya tiada langkah penjagaan berterusan
- Tempat penyimpanan harus kering, gelap, bebas daripada serangga perosak dan berhawa dingin
1. Haiwan
Prosedur pengawetan serangga
Contoh : rama-rama
Bahan yang diperlukan :
- sampel
- pin pelbagai saiz
- papan polisterina/gabus
- kertas keras
- kotak menyimpan spesimen
- kabinet spesimen
Langkah-langkah :
- Spesimen dimatikan dalam balang berisi kapas yang diletakkan etil asetat.
- Formalin 3% disuntik di bahagian kepala, toraks dan abdomen.
- Spesimen diletakkan di atas papan khas bagi membolehkan sayapnya tidak rosak.
- Spesimen dibiarkan selama 2 minggu sehingga menjadi kering atau dikeringkan di dalam ketuhar pada suhu 50०C hingga 600०C. Pastikan sayap telah diatur dan dikembangkan.
- Spesimen disimpan dalam kotak kaca yang kalis kelembapan.
- Maklumat spesimen dilabelkan dan dilengkapkan.
Contoh Pengawetan Kering
2. Tumbuhan
Bahan yang diperlukan :
- spesimen
- alkohol 70% atau sperit bermetil
- penekan
- ketuhar
- helaian surat khabar
Langkah-langkah :
1. Pilih spesimen tumbuhan yang sesuai dan mempunyai semua bahagian tumbuhan termasuk akar dan bunga.
2. Pengawetan
· Rendam tumbuhan di dalam alcohol 70% spirit bermetil.
· Keluarkan tumbuhan dan keringkan
1 3. Tekan
· Susun spesimen di antara helaian surat khabar.
· Pastikan daunnya tidak bertindih antara satu dengan yang lain.
· Ikat penekan dengan kuat dan simpan selama 1-2 hari.
1 4. Pengeringan
· Buka penekan dan keringkan spesimen di bawah matahari.
· Tukarkan surat khabar setiap hari dan ikat semula penekan sekuat mungkin.
1 5. Mounting
· Semua bahagian asal tumbuhan dilekapkan di atas papan pelekap atau kertas herbarium yang berukuran 11.5” x 16.5”.
· Lekatkan batang menggunakan jarum dan benang atau gam.
· Daun yang lebar boleh dijahit atau gam pada batang tumbuhan.
· Label spesimen dilekatkan di bahagian bawah penjuru kanan : lokasi dan altitude, nama tumbuhan, famili, habitat, tarikh dikumpul, nota ekologi dan nama pengumpul.
6. Penyimpanan
· Kertas herbarium perlu disimpan di dalam bekas herbarium atau almari keluli.
No comments:
Post a Comment